Follow Dashboard



Kembali.
Tuesday 17 May 2016 | 21:39 | 1 comments
Kau yang dulu, bukan sombong. Kau pendiam. Kau tak pandai berbual mesra. Orang kata kau sendiri sentiasa.

Lalu kau semakin dewasa. Timbul rasa ingin mencuba. Kau mula bijak berbicara. Berkawan, berjalan ke sini sana. Tanpa kau sedar, banyak hati yang kau luka.

Sampai suatu masa, kau seperti berputus asa. Hilang segala rasa. Hanya kerana penat memuaskan hati manusia.

Cukuplah dosa terhadap mereka. Apatah lagi terhadap dia yang Esa.

Sampai sudah masa, untuk kau cuma mengharapkan pandanganNya.